Saturday, January 1, 2011

KOLEKSI ROKOK NEW LIGHT MALAYA


Koleksi rokok "NEW LIGHT" keluaran Malaya sekitar 50an. Satu lagi antara beberapa koleksi yang aku ada berserta dengan batang rokok 20 batang..!! Ada brani mau test.??? Dalam fokus aku mengumpul rokok2 sebegini yang condition belum di buka (mint) lebih terarah pada tahun 60an ke bawah..memang sangat hebat cabarannya. 70an juga tidak kurang hebatnya kalau ada isi..

Waktu sekarang ini ada juga kotak2 rokok berserta isi boleh di dapati tapi sekitar penghujung 80an, seperti moore, players dan beberapa jenis lagi harga pun tidak mahai..tapi tak "stim" lar collect sebab masih banyak di pasaran maksud aku di kedai2 antik atau yang buka meja seperti tempat aku berniaga setiap hari ahad.

Tapi bagi pemgumpul kotak2 rokok kalau hendak lebih cabaran cari lar sekitar 60an kebawah..sebab bila dapat memang satu kepuasan yang tidak tergambar dan ketika itu la sekiranya hangpa ada 100 kotak rokok kosong yang tersusun dalam showcase atau di framekan tidak akan sama dengan satu kotak rokok yang berisi dan mint condition..!

No comments:

Post a Comment