Monday, July 11, 2011

Tali Pinggang Perak (Silver) For Sale RM

Set lengkap tali pinggang lama perak (silver) untuk di jual RM. Sebenar nya hari ini ada 3 items yang telah pun aku juai semalam di tempat niaga aku dan tidak sempat di N3 kan ke dalam blog. Cuma hari ini aku paparkan sebagai rujukan dan rekod untuk diri aku sendiri. Sedikit info berkenaan tali pinggang ini menurut dari kaca mata aku sendiri. 

Keseluruhan tali pinggang ini amat memuaskan mempunyai motif dan corak yang halus,  tentu tukang ini sangat mahir sebab dahulu pun tidak semua tukang boleh mendapat kan hasil seni yang halus dan menarik !! Menurut kata seorang 'otai" barang2 melayu ..kata nya "poshbag" kecil itu sudah di kira bonus dan pelengkap !! sebab katanya lagi amat2 jarang tali pinggang dulu yang boleh kita dapat zaman sekarang ini berserta dengan 'poshbag" tersebut, walaupun ianya tidak mustahil.!! mungkin hilang atau sebagainya. Tali pinggang perak ini telah di beli oleh seorang collector tegar barang2 melayu walaupun dia bukan melayu...!! asai nya memang aku nak bagi perangat !! tapi rakan ini tak boleh tahan sebab hampir "terlondeh seluaq"  melihat kan tali pinggang ini. Begitu lar kalau dah minat..!

Cuma aku sedikit tak paham !! perangai orang2 kita ni..nak kata tidak berduit tapi mampu beli !!! tapi bila di juai pada orang lain dok berkokok satu malaya !! kenapa tak juai pada orang kita..! tapi bila aku offer bagi harga !  sekoq2 muka macam "berok mak yeh" !. memang bahalol ! nak barang best dengan harga murah...mana mungkin seutas tali pinggang perak ini hendak di tukar kan dengan se botoi tonic cap gajah..?? malah..jika di tukar dengan 100 teko kotak yang di katakan rare pun,  belum tentu sama nilai dengan tali pinggang perak ini. Guna akai la sikit mahu main barang koleksi tapi tak mau keluaq duit !! mahu tukar suka sama suka..macam ni punya collector pun ada..Betui lar kata seorang rakan senior aku "orang lain dah p jauh tapi orang yang sebegini dok dudok dalam botoi cap tonic lagi.

Tapi walau apa pun aku peduli apa !! banyak lagi "gold bullet" aku belum keluaqkan, dan yang pasti nya aku sudah boleh senyum untuk beberapa bulan yang mendatang. Tahukah hangpa berapa nilai tali pinggang perak ini ? Kata seorang rakan "gomen"  aku.. dah macam gaji pegawai otai gred 48 !!! Tidak la aku tau berapa gaji pegawai otai yang di maksudkan rakan tersebut.


SOLD !


SOLD !

No comments:

Post a Comment