Wednesday, July 20, 2011

DAH TERJEBAK COLLECT GAMBAQ !!!


Sedikit info berkenaan gambaq ini..yang di sebelah kiri bersuit putih adalah YM Capt Raja Aman Syah Raja Harun Al Rashid negeri Perak. Berkahwin dengan Yam Tunku Baharum Ibni Almarhum Sultan Abd Hamid iaitu anak perempuan Sultan Kedah Sultan Abd Hamid. Semasa hayatnya beliau merupakan Leftenan Kapten ke 3, yang berpengkalan di Negeri Sembilan dan juga merupakan DO Port Dickson pada tahun 1938. Raja Aman telah di bunuh oleh askar jepun kerana beliau juga merupakan "Kapten British Army Force" pada ketika itu. Raja Aman juga merupakan adik ipar kepada Tengku Abdul Rahman iaitu Perdana Menteri Pertama Malaysia.

Di sebelah kanan nya pula berkemungkinan besaq adalah kapitan jepun berdasarkan uniform yang di gunakan. Menurut info yang aku dapat dari rakan2 senior ! askar2 jepun masuk ke Tanah Melayu dengan cara baik untuk menentang british..maknanya di sini "baik2 ada makna lar kot" mungkin spy depa dah ada di Tanah Melayu lebih awai lagi sebelum depa takluk Malaya pada ketika itu.

Gambaq ini bersaiz 8R dan bertarikh 6/4/192..satu angka sudah hilang ! tapi berdasarkan tarikh itu ! memang jepun telah ada di Tanah Melayu..

Sebarang kesilapan fakta harap maaf dan akan di perbetulkan kemudian.

No comments:

Post a Comment