Tuesday, September 13, 2011

THE MALAY NEWS BULLETIN 1941

Risalah The Malay News Bulletin (Surat Perkhabaran Melayu) yang di keluarkan oleh Jabatan Maklumat pada tahun 1941 dan di terbitkan oleh Goverment Printing Office Singapore. Risalah atau surat sebegini juga menarik di buat koleksi sebab risalah bila sudah di baca kebanyakkan nya akan di buang atau sebagainya (mungkin tidak semua).Berlainan pula dengan majalah, buku atau akhbar !! kerana sesetengah orang dahulu mahupun kini ada menyimpan dengan baik samada suatu hobi atau mungkin juga maklumat di dalam satu2 keluaran itu yang membuat kan si pembaca ingin menyimpan nya. 

Maka tidak hairan lar jika kita masih lagi boleh jumpa buku, majalah, akhbar lama atau sebagai nya pada zaman ini ! tetapi harus di ingat untuk mendapat kan sesuatu bahan bacaan yang menarik dan tinggi nilai sejarah nya bukan lah sesuatu yang mudah. Sebagai contoh ! jika hangpa berduit..tidak sukar untuk kita kumpul segala bahan bacaan lama hingga ada yang mencecah 100 tahun sekali pun untuk memenuhi segala ruang rumah atau galeri kita. Tetapi untuk mendapat kan yang berkualiti !! belum tentu lagi saudara. 

Maka dalam dunia koleksi pada pandangan aku sendiri...kita akan ber balik semula pada basic nya iaitu tidak semestinya banyak itu sudah di kira hebat tetapi kualiti barang yang ada dalam simpanan kita itu yang akan menunjukkan samada bijak atau tidak kita collect satu2 barang, sebab masyarakat kita ini suka sangat ter ikut2 dengan apa yang orang lain collect sedangkan dia sendiri pun tak tau apa yang patut dan yang tak patut di collect...dan akhirnya suatu hobi yang menyeronokkan dan boleh mendatangkan pulangan lumayan pada kita suatu hari nanti mungkin ?? akan menjadi beban di kemudian hari. Masa tu la baru menyesal nak juai murah pun orang tak minat nak beli sebab hanya quantiti yang banyak daripada yang berkualiti.



Risalah ini bersaiz seperti akhbar harian METRO.

No comments:

Post a Comment