Wednesday, September 7, 2011

KISAH SI MAMAT MINAT TEPAK SIRIH

Sebenarnya dah lama aku tak minat nak menembak dalam blog ni ! Tetapi kadang kala tahap kesabaran itu ada had nya juga. Kebetulan malam tadi ada se ekor mamat sms aku menggunakan nombor talian 012-7975286. Melihat kan pada nombor hadapan nya angka 7 sudah tentu dari johor ! Si mamat ni bertanyakan satu barang yang aku iklan kan dalam salah satu lama web percuma. Walhal memang sedia maklum aku tak kan layan orang sms ni sebab tidak menunjukkan kesungguhan si pembeli. 

Yang menjadi kan panas hati tu bila sms nya seperti ini " tuan tepak sirih mampu beli rm60 je. sila bagi a/c bank." Pembeli sebegini memang mencabar kesabaran aku ! aku dah lama tak nak sebut ayat ni..."memang haram jadah punya orang ! " ingat aku mintak sedekah ker ?? dajai punya mamat ! Maka terpaksa lar aku balas sms nya semula aku habaq " nak rm60 p cari sendiri lar saudara ! "

Nak di jadi kan cerita maka sms ini melarat lar hingga merugikan bil fon aku melayan si mamat "teloq peliaq" ni..Maka dengan bangga si mamat "teloq peliaq" ini menghantar tiga mms gambaq tepak sirih yang ada dalam simpanan nya mungkin ! Seperti di bawah :



Melihat kan tiga gambaq tepak sirih tembaga ini dah buat aku gelak besaq !! Tahniah saudara !!! hang dah beli barang paling cun sekali "barang reproduction" dari negara jiran kita yang sememang nya ada banyak boleh kita jumpa. Kalau di negara kita sumber nya banyak di sebelah utara sebab ada saudagar yang bawa masuk barang2 reproduction dari negara jiran. Dari apa sms yang aku dapat dari si mamat "teloq peliaq" ni dia suka menilai benda itu cantik tidak burok ! memang patut la dia dapat barang reproduction.

Kalau hangpa nak tau tepak2 sirih sebegini memang ada banyak di keluar kan semula samada mengikut acuan asal atau pun di buat acuan tersendiri. Apa benda yang tak boleh di buat saudara..tong burok pun boleh di spray jadi tong coke ! sejarah pun boleh di ubah manusia..! ini kan pula tepak sirih..apa nak heran..!! Dalam hal sebegini senang saja sebab ada nya permintaan yang tinggi terhdap satu2 barang walhal barang2 lama ini bukan senang hendak dapat, maka keluaq la barang2 reproduction seperti ini dan banyak lagi..

Cuba hangpa pikiq ! mana mungkin satu2 barang lama itu kita boleh jumpa dengan jumlah yang banyak dan ke semuanya nampak sama dan cantik ! dari utara hingga selatan kita boleh jumpa dan senang kita dapat..siap boleh order lagi..macam nak order kuih raya..!! melainkan benda2 yang kita gunakan seharian suatu ketika dahulu seperti "pinggan mangkuk" ada sapa2 guna tapak tangan ker dahulu.?? .orang susah pun ada pinggan bukan ??

Setiap yang lama itu tentu ada perbezaan dengan yang baru sebab yang mencipta barang itu manusia ada kelemahan nya bukan tuhan yang mencipta sesuatu itu tiada acuan.. Jadi ! nasihat aku pada hangpa di luaq sana dan juga untuk diri aku sendiri..ber hati2 lar dengan apa yang hendak di collect untuk di buat koleksi jangan sampai apa yang kita collect itu sampah yang bertimbun yang tak boleh mendatang kan menafaat kemudian hari..Bak kata pepatah "malu bertanya sesat jalan" Jangan jadi mamat "teloq peliaq" ni hanya syok dalam dunia nya sendiri. Itu lar orang kita ini  tidak boleh di tegur..cepat melenting..!! banyak sangat makan belacan !! (maaf itu hanya istilah aku sendiri tiada kena mengena dengan belacan !).

Tepak sereh seperti di atas tadi suatu ketika dahulu memang aku banyak juai sebab ada permintaan dari customers aku sendiri. Kalau hangpa nak pun aku boleh bagi tau di mana hangpa boleh dapat kan. Gambaq di bawah ini tepak2 sirih yang pernah aku juai suatu ketika dahulu pada seorang customer. Maaf gambaq kurang jelas sebab snap dari foto !!

Gambaq di bawah ini di rumah customer aku dahulu.


Aku harap sangat mamat "teloq peliaq"  buka blog aku hari ni..dan tahniah dengan apa yang hang collect sebagai koleksi. Tak guna ada barang di buat koleksi yang banyak tapi tiada satu pun yang ber kualiti.

P/S : Oleh kerana story mory ini mungkin sampai ke telinga si mamat "teloq peliaq" ini maka pagi tadi berlaku lar sesi maki hamun dalam fon..hahaha..! dan akhir nya si mamat nie mintak maaf begitu juga aku sebalik nya. Oleh itu tujuan nya di sini bukan lah aku hendak mencari kesalahan orang lain dan menunjuk aku ini semua nya betui ?? tidak tidak ..!! tetapi belajar lar daripada kesilapan tak salah jika kita menerima teguran orang lain walaupun pahit. Aku sendiri pun masih belajar daripada rakan2 senior yang lebih lama terjebak dalam dunia koleksi ini  Ilmu ini tak akan habis kita belajaq hingga la kita masuk ke liang kubur dan sejarah juga mengajar kita agar jangan di ulang kesilapan yang sama di masa kini. Waallahhualam..!!

2 comments:

  1. tu dier...teloq peliaq dah kluaq..kekekeke..satu masa dulu pun akak taktau jugak eis..tima kacih pada eis kerana memberi info pasal barang tembaga2 ni..dan timakasih atas rembatan2 brg tembaga eis yang memang la buruk seburuk-buruknya..tapi bila cheq dah gilap amik kor terserlah keaslian dier.!! bak kata eis..kalau sumer same je berkilat orang dok juai..hati2 mungkin repro..name pun barang lama..kene sendirik gilap arrr..sendirik mau ingat kannn..

    ReplyDelete
  2. hai al kesah..!! begitu lar kesah nya ragam colector di tempat kita ini. kadang kala kita terlupa tidak bermakna kita banyak duit kita boleh beli atau dapat apa yg kita hendak..memang betui duit itu perlu utk kelangsunggan hidup tapi maruah diri tidak boleh di beli..ada sesetengah yg menganggap kami seller ini mungkin p kutip barang kat tong sampah agak nya.!jadi boleh beli brg ikut suka harga depa nak beri..kalau seller lain saya tak pasti lar tapi secara peribadi kalau saya..memang silap la ada collector mcm ini..memang saya tak akan juai..biar sampai mampos pun barang tu x kalu ! biaq mati kering barang tu p;un x apa.

    Saya punya rule cukup mudah...wala apaun yg kita buat yakin la ajal maut rezki itu semua di tangan tuhan..sikit pun saya tak gentar ! pernah dalam kocek ni tinggai 10 henget jer tapi jika yakin dan berusaha pasti allah akan tunjuk jalan nya..memang saya cukup yakin "kun fa ya kun " kalau allah kata jadi jadi lah..! waallahhualam..!

    ReplyDelete