Saturday, March 31, 2012

KISAH HENDAK DAPAT BARANG CUN !

RAMAI DI KALANGAN COLLECTORS TER INGIN MEMILIKI BARANG YANG CUN ATAU LEBIH TEPAT LAGI BARANG YANG MENJADI REBUTAN SEMUA ORANG, TERMASUK DIRI AKU JUGA TIDAK TERKECUALI..   TIDAK DI NAFIKAN KALAU REZEKI ITU TIDAK KEMANA..!! TAPI ADAKALA YANG MEMBUAT KAN AKU TIDAK FAHAM KENAPA BARANG YANG SUDAH ADA DI DEPAN MATA TIDAK MAHU BELI ??  KADANG2 MASIH BER KIRA2 DENGAN JARI KAKI HENDAK MEMBELI SATU2 BARANG.  BAGI AKU KALAU HENDAK DAPAT BARANG YANG CUN ! KENA LA KELUAQ KAN DUIT YANG LEBIH  WALAUPUN  ITU TIDAK SEMESTI NYA DAN JIKA BERNASIB BAIK MUNGKIN JUGA DAPAT BELI DENGAN HARGA YANG TAK DI SANGKA2.

CONTOH SEPERTI CAWAN KOPITIAM.  SATU CAWAN KOPITIAM NESTLE MILKMAID KELUARAN JOHNSON BROS ENGLAND,  TIDAK AKAN SAMA DENGAN 6 PASANG LENGKAP CAWAN KOPITIAM SWAN BRAND DAN RAMAI JUGA TAU KEBANYAKAN CAWAN KOPITIAM CUKUP SINONIM DENGAN PENGELUAR "GOH BAN HUAT" ATAU "JOHORE PIPE" .   SEBAB APA AKU HABAK BEGITU ?? SEBAB SUDAH HAMPIR 12 TAHUN AKU BERGELUMANG DALAM DUNIA ANTIK INI PELUANG UNTUK JUMPA CAWAN MILKMAID KOPITIAM SANGAT SUKAR WALAUPUN TIDAK MUSTAHIL, BERBANDING DENGAN CAWAN SWAN BRAND. APATAH LAGI RAKAN2 SENIOR AKU YANG LEBIH LAMA DALAM BIDANG INI PUN MENGAKUI NYA JUGA.

APA YANG MENARIK NYA CAWAN KOPITIAM MILKMAID INI BARU SAJA AKU DAPAT DARI SEORANG RAKAN SENIOR YANG BERNIAGA DI FLEA MARKET. MAKSUD NYA RAKAN AKU INI JUAI OPEN DEPAN PUBLIC ATAS MEJA TERSERGAM INDAH. BOLEH SEMUA BUAT BODOOOO..!!! AJE TENGOK  DAN ADA JUGA BOLEH AMBIL GAMBAQ (BUT NO FLASH PLEASE !!).  BEGITU JUGA OTAI2 COLLECTORS TEGAR CAWAN KOPITIAM, PUN MACAM BENGGONG AJE TENGOK..PELIK..PELIKK..!! ADAKAH SEBAB HARGA ?? KALAU TANYA PADA AKU P MAMPUIHH DENGAN HARGA..!!! AKU BUKAN LAH COLLECTOR BERDUIT MACAM HANGPA !  AKU TAK PEDULI...

SETELAH CAWAN INI DI BALUT RAPI OLEH RAKAN DAN BERTUKAR TANGAN TERUS MAI SEKOQ MAMAT OFFER NAK BELI DARI AKU DAN DIA PUN TAU BERAPA AKU BELI SEBAB DIA ADA DI SITU, TUNGGU AKU BUKA MULUT NAK JUAI BERAPA...AKU SENYUM SAJA. SELANG 2 HARI   AKU DAPAT PANGGILAN DARI SEORANG COLLECTOR LAIN,  OFFER NAK BELI RM500. MENARIK BUKAN ????  KADANG2 ADA ORANG PIKIAQ CAWAN YANG DI BELI ITU MAHAI DAN ADA JUGA KATA2 BELAKANG " GILER PUNYA HARGA TAILO NI JUAI " TAPI TAHU KAH HANGPA ADA YANG LAGI GILER OFFER HARGA KAT AKU.

BUAT ABANG2 DAN OTAI2 SEMUA,  LAIN KALI KALAU NAK BELI BARANG JANGAN TUNGGU... TERUS SAPU KALAU BETUI ITEM ITU SPESIS YANG JARANG TIMBUI DI PERMUKAAN. JANGAN BANYAK MAIN WAYANG KULIT DENGAN SELLER.   KITA TIDAK TAU BILA MUNCUL LAGI DEPAN MATA.  IBARAT IKUT JALAN LAMA..KALAU P KE UTARA DARI KL KE PENANG MAKAN MASA 5 KE 6 JAM..!! TAPI ABANG2 SEMUA TAK TAU ORANG LAIN IKUT HIGHWAY   FULL TANK GUNA SMART TAG TAK BERHENTI BELI BUAH ! 3 JAM SETENGAH DAH SAMPAI.

BAIK LAH.. AKU NAK PEKANA AYAK TEH ! TAK PAYAH LETAK SUSU PUN DAH TERASA ADA SUSU DALAM CAWAN INI...MAI SE CAWAANNN..!!!!


NESTLE - MILK MAID KOPITIAM CUP (JOHNSON BROS ENGLAND).

No comments:

Post a Comment