Thursday, February 10, 2011

CARDBOARD SIGN ASPRO 50S


Ini adalah salah satu cardboard sign aspro yang ada dalam simpanan aku, setakat yang aku tau ada 2 variasi cardboard sign aspro ini mungkin juga ada variasi lain yang belum timbui dari tangan collector. Sign aspro ini juga antara yang boleh di katogeri kan yang jarang2 juga dapat ! aku tidak katakan  ianya rare tapi jaranngg..jarangg..jumpa. Hangpa tau berapakah nilai pasaran cardboard sign ini..?? Ada yang menyatakan pada aku stakat rm500 boleh beli dan ada juga suara2 sumbang rm800 pun belum tentu boleh juai..!! Itu kata mereka di luaq sana.! tapi yang pastinya harga sign ini lebih daripada yang depa jangkakan dan sememang nya aku dah ada ready byrs nak beli tunggu aku buka mulut nak juai jer..!  Aku pasti ada collector yang menyimpannya dengan baik.

Bila sebut berkenaan dengan jarang2 jumpa dalam satu2 koleksi suka aku ingatkan di sini pada hangpa dan juga diri aku sendiri..Bagaimana mahu tau dan apa yang boleh di buat koleksi ?? Pada hemat aku koleksi ini boleh di bahagikan pada beberapa bahagian..aku cuba ambil 3 contoh sahaja. 

1. HOBI SYOK SENDIRI
2. HOBI PERKONGSIAN
3. HOBI "PERAM" (istilah seorang rakan).

SYOK SENDIRI - jika hangpa membuat koleksi yang sebegini hangpa memang "terrer" sebab segala sampah hangpa boleh sapu untuk di buat koleksi dan sekiranya banyak duit dalam masa setahun atau mungkin beberapa bulan hangpa boleh penuh kan koleksi bermula dari depan pagaq rumah sampai belakang pagaq rumah hangpa..memang hebat collector sebegini..Hangpa jangan tidak tahu memang ada wujud collector sebegini...lebih2 lagi jika RUNNER TERLAMPAU yang membawa barang !! gula2 hacks yang juai di kedai pun di sapu juga oleh collector sebegini padahal barang rare di depan mata tidak di belinya gara2 nasihat RUNNER TERLAMPAU..hairan..hairan.! .mungkin juga jika RUNNER TERLAMPAU ini tidak membawa barang dagangan depa para2 colllector tersebut tiada barang..sudah jadi tahap dewa RUNNER TERLAMPAU ini  ! sikit hari boleh join venture dengan "ayah pin" buat business..! TAU X APAA..!!!

PERKONGSIAN - koleksi sebegini lebih baguih daripada koleksi syok sendiri se kurang2 nya depa dapat berkongsi minat yang sama cuma dari segi jangka panjang agak sukar untuk mencari golongan sasar jika hendak menjuai barang, maksud aku di sini jika koleksi hangpa terarah pada satu koleksi sahaja. jangan salah fahamm..!! Mungkin sekelompok pengemar saja yang meminati. Bagaimana pula collector luaq dari negara kita..?? Sampai bila kita hendak menyimpan barang ? sampai tua ? sampai umuq nak mampos ? turun kan pada waris ?? tahukah waris hendak menjaga nya ?? tahukah waris hendak menjuai nya..?? Urut dada, tengok koleksi hangpa, fikir2 kan lah..

PERAM - Koleksi "peram" maksud aku koleksi yang bukan sekadar koleksi !! tapi koleksi yang boleh buat duit makin di peram makin tinggi nilainya di kemudian hari kalau bukan tuan yang empunya diri mungkin juga untuk generasi depa..atau dalam istilah yang ramai tak puas hati atau panas hati dengan aku iaitu "koleksi yang menguntungkan". Ini beberapa contoh koleksi peram yang aku maksudkan. 

1. BARANG KEMAS LAMA YANG BERNILAI
2. SENJATA SEPERTI KERIS
3. COIN / BANK NOTE
4. BAHAN BACAAN SEPERTI MANUSKRIP / MAJALAH
5. SIGNBOARD
6. PAINTING (bukan painting atas metal)

Ini apa yang aku ingat mungkin ada lagi koleksi yang menguntungkan..! perlu di ingat yang aku senaraikan di atas hanya koleksi yang terpilih..!! sebab ada sesetengah collector asal nampak signboard di sapu nya..tak kira sign apa..sigboard kambing ligan orang bersongkok naik gerek (basikal) pun habis di tibai nya kasihan kasihan...!!  mungkin collector ini tidak tahu.begitu juga painting asal nampak gambaq betina tak pakai coli di sapu nya..padahal painting sebegitu cukup berlambak di salah satu negara jiran kita.

Jadi di sini pada aku..mempelbagaikan koleksi atau koleksi terpilih itu lebih menarik daripada collect segala sampah atau pun terarah pada satu2 koleksi sahaja. Sebab di situ kita akan banyak belajaq tentang satu2 barang yang mana nilai nya lebih tinggi yang mana mendapat permintaan mahu di dalam atau di luaq negara kita yang mana satu2 koleksi kita itu boleh di juai bila-bila masa dan yang paling penting jangan beli barang tipu atau mungkin "tipah" tertipu. .Ini yang perlu kita fikirkan bila kita sudah terjebak dalam dunia koleksi. Sebab ada sesetengah orang akan berkata "dia apa sibuk !! duit aku bukan aku guna duit dia!!" yaa itu memang betui duit hangpa aku pun peduli apa..! tapi bagi depa2 yang tak tau perlu lar di beritahu supaya tidak terkena seperti apa yang orang banyak duit terkena..Sebab pi mai pi mai tang tuu !! segala koleksi kita akan keluaq juga bila sampai masa..cuma senang atau payah hendak menjuai nya saja.

 Segala kenyataan aku di atas hanya lah pandangan peribadi dari sudut kaca mata aku.. mungkin hangpa ada pandangan tersendiri.

No comments:

Post a Comment