Tuesday, January 11, 2011

KOLEKSI BOTOL UBAT

BOTOL UBAT INI KELUARAN SEKITAR 50AN

Koleksi botoi ubat lama. Ini antara beberapa botoi ubat yang pernah wujud di Malaya suatu ketika dahulu. Seperti pernah aku habaq kan dalam blog aku yang pertama sebelum ini, ubat2 lama juga mempunyai pengikut nya yang tersendiri cuma di negara kita ini..setakat apa yang aku tau memang tidak ramai seperti collctr pinggan mangkuk atau lain2 koleksi yang cukup ramai peminat tegarnya. Tetapi di luar negara sudah lama wujud collctr ubat2 lama.

Oleh sebab itu juga untuk mendapatkan ubat2 lama ini sebagai koleksi tidak lar memerlukan modai yang tinggi..! bergantung juga pada kemampuan individu kalau "seringit" pun di katakan mahai..!! baik duit itu p beli "cuing gam" kalau nak dajai lagi lepas kunyah cuing gam lekatkan pada kerusi bas..memang pedajai kan orang nama nya..!!

Begitu juga dengan koleksi botoi perfume koleksi barang2 ubat juga mempunyai pelbagai bentuk bungkusan yang menarik ada yang dalam botoi, paket plastik, dalam bekas seramik dan pelbagai lagi.  Jika kena cara hias dan susun atur dalam showcase yang sesuai ianya kelihatan amat menarik. Ada masa akan aku upload kan gambaq2 ubat dalam satu showcase yang pernah sebelum ini aku N3 dalam blog pertama aku ..(rasa2 nya aku dah terdelete kat blog yang pertama dulu)

Botoi ubat di atas keluaran Himalaya Medical Hall Ltd, 83 Brewster Road, Ipoh Perak..(Ada lagi ke yobb..!! tempat nie ? )

2 comments:

  1. Ya Bro, memang menarik kumpul botol-botol camnie, botol ubat dan botol seperti ini juga bukan saja dari segi bentuk tetapi memiliki label yang memikat...

    ReplyDelete
  2. ya betui tu sdra..kebiasaanya jika botoi ubat kaca jarang2 jumpa bersekali dgn label kertas..! biasa nya label kertas dah hilang cuma botoi kaca sj yang kita boleh jumpa

    ReplyDelete